Wednesday, May 12, 2010

Jangan bergaul dengan orang negatif!

" Ini amaran saya kepada sesiapa yang ingin berjaya: JANGAN BERGAUL DENGAN ORANG NEGATIF! Biarkan golongan ini membuat persatuan sendiri dan biarkan mereka dengan cas-cas negatifnya. Kadang-kadang saya gelarkan golongan ini sebagai LOSER! Mungkin gelaran itu terlalu kasar tetapi itu yang sepatutnya. Saya minta maaf jika ada sesiapa yang tersinggung dan terlalu sensatif di sini. Jadi sesiapa yang tak sedar lagi, simbah muka anda dengan air sejuk dan ikut saya di dunia yang realiti ini.

Banyak sangat loser di semua tempat, tak kira anda buat apa sekali pun, anda tetap akan berjumpa dengan loser-loser ini. Orang yang selalu bersungut, merungut, mengeluh, menyalahkan orang lain, iri hati dan mengalah apabila baru beberapa minggu mencuba. Yang paling seronok, mereka akan selalu cakap, ‘Program ini tak betullah. Bisnes ini tipu la.’ dan macam-macam.

Secara statistik dan pengalaman sayalah, setalah hampir 3 tahun saya menceburi bidang perniagaan ini, hanya 5 – 10% orang sahaja yang mampu menjana 90% atau lebih pendapatan. Jadi, jika anda bergaul atau selalu lepak-lepak dengan 90 – 95% yang lain, anda juga satu hari jadi ’serpihan-serpihan’.

Jadi, mula dari saat ini, bergaulah dengan orang yang berfikiran positif,pendapatan anda adalah purata pendapatan 6 orang kawan anda. Jadi, jika anda berkawan dengan 6 orang jutawan.. Sudah pasti anda akan menjadi jutawan. para-para jutawan, pemimpin-pemimpin yang hebat dan bakal usahawan yang terbilang, cemerlang dan gemilang! Ingat,"

kata-kata idola saya :)

Let the losers mingle with the other losers. You’re better than that.

No comments: