Tuesday, January 8, 2008

Anugerah Juara Lagu 2007 (tiket)

Tiket Percuma Anugerah Juara Lagu 2007 (AJL22) dan Tunku Tiara Yasmin Tersingkir dari
ANUGERAH JUARA LAGU KE-22 (AJL22) menyediakan lebih kurang 17 ribu tiket percuma untuk orang awam menyaksikan malam kemuncak acara itu di Stadium Putra Bukit Jalil nanti. Tiket-tiket tersebut boleh didapati di Sri Pentas, Bandar Utama dan juga di lokasi showcase AJL22 yang seterusnya iaitu di Greentown Mall, Ipoh pada 12 Januari ini. Cepat-cepatlah dapatkan tiket percuma ini!
Bakal menampilkan empat orang pengacara yang akan mengendalikan malam gilang-gemilang itu iaitu Cheryl Samad, Ally Iskandar, Fara Fauzana dan Faizal Ismail, Nasib baik bukan Linda Onn dan Fahrin!AJL22 ini juga dilihat meriah kerana menyaksikan finalis bagi 14 buah lagu untuk ketiga-tiga kategori Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock berentap dan antara penyanyi yang terlibat ialah Datin Seri Siti Nurhaliza, Mawi, Faizal Tahir, Ramlah Ram, Aishah, Nora, Misha Omar, Andy Flop Poppy, Jaclyn Victor, Lah Ahmad (Tiada Fabian), Sahri, Jinbara, Sofaz dan kumpulan Estranged. dan Fazli Zainal. AJL22 pada kali ini akan membawakan tema Music Magic. AJL22 akan disiarkan secara langsung di TV3 dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada 27 Januari 2008, jam 8.30 malam.

No comments: