Saturday, December 29, 2007

Mengenali diri...cuba, cuba dan terus cuba

Korang percaya tak? pernah satu tahap aku tak kenal diri aku sendiri...aku terlalu byk keliru dgn diri aku sendiri,kadang2 aku tak tau ape yang aku nak n ape yang aku tak nak! mmg down gle arr, sedangkan diri aku sendiri tak kenal siapa aku, ni kan pulak org2 keliling aku, mereka2 yang aku kenal, rapat n aku syg, aku nie jenis penyayang, tapi tak reti nak tunjukkan kasih sayang aku, aku takot kehilangan, aku takot bile aku da terlampau sayang aku akan hilang org yang aku sayang, sbb even fizikal aku tak tunjuk, tapi jauh disudut hati aku amat sayang dan kasih pada org yang rapat dgn aku. 

Aku mudah sensitif dan cepat merajuk dgn org yang aku rapat, expecially family
and kawan2, begitu juga aku cepat mengalirkan air mata melihat kanak2 menangis akibat kesengsaraan yang mereka tanggung. aku tak leh tgk, sbb aku syg kanak2
(bukan nak tunjuk yang aku nie baik,tapi mmg aku syg kan kanak2 sgt)
Tahla, setiap waktu, aku cuba mengenali diri aku, dan alhamdulillah aku dapat kenal dan faham diri aku sedikit demi sedikit. Jadi, bila aku da kenal diri aku sendiri,
aku boleh mendalami hati org lain, maksud aku, aku cuba utk lebih memahami seseorg,
lebih menghargai nilai persahabatan dan persaudaraan yang terjalin.
Tapi aku masih dalam proses mencuba dan mencuba.

Aku seorg yang dahagakan kasih sayang, dah 2 kali kehilangan, aku tak nak kehilangan lagi,
cukup lah tue, kerana aku amat cintakan kasih sayang, dari keluarga aku, kawan2 aku, dan semestinya bf yang akan merangkap hubby aku suatu hari nanti, amin... Aku hanya mampu berdoa pada tuhan yang aku akan mendapat 
kasih sayang yang aku impikan selama ini. 
Dan seperti biasa aku akan terus cuba, cuba dan cuba,
tak patah semangat dan akan terus berusaha mencapai impian yang aku inginkan...

1 comment:

Anonymous said...

hehehe..tuh jer mampu taip..ngeh