Wednesday, May 12, 2010

Sungguh TABAH dan CEKAL nya gadis ini!

Mentor Ain berkata:

"Ada 2 buku yang sangat meruntun perasaan saya apabila membacanya. Iaitu buku Menggapai Bintang oleh Sheikh Mustapha Shukor (kisah angkasawan Negara) dan Catatan Hati Nik Nur Madihah (Pelajar SPM terbaik Malaysia 2008). Boleh tangkap leleh bila baca 2 buku ni kerana saya terlalu kagum dengan semangat tuan punya badan. Meluap-luap. Semangat yang boleh saya pinjam supaya saya terus bermotivasi dan terus berusaha.Tetapi kali ni yang saya nak ulas ialah buku tentang Nik Nur Madihah.

nik-nur-madihah-family.jpg

Pertama, keluarganya sangat susah, bapanya nelayan, ibunya suri rumah dan sesiapa akan terkedu melihat teratak usang keluarganya yang sangat uzur. Bayangkan kalau waktu rehat di sekolah, kawan-kawan akan bertanya ‘Kenapa Nik tak makan?’, Nik Madihah akan jawap dengan senyuman sahaja. Masa rehat, dia memerap di perpustakaan dan membaca buku. Duit belanja Nik Madihah 50 sen sehari dan itupun akan disimpan dalam tabung 10 sen sehari hinggalah dia dapat membeli buku rujukan menggunakan wang tabungnya sendiri. Dia banyak berpuasa demi menjimatkan wang. Menurut Nik Madihah, walaupun dia kurang makan, tetapi hidupnya tak pernah lapar kerana mengenangkan pengorbanan dan kasih sayang ummi dan ayahnya yang amat berlebihan. Tengok tu, makan pun tak cukup, apatah lagi nak beli barang-barang lain. Baginya, kasih sayang ibu dan ayahnya yang menjadi zat untuk menjernihkan nurani dan mencerahkan otaknya. Ha, macam mana tu, betapa Nik Madihah menghargai jasa ummi dan ayahnya walaupun mereka tidak dapat menyediakan keperluan Nik Madihah dengan sempurna. Betapa.

Kedua, Nik Madihah amat menghargai nilai wang semenjak dia dipukul oleh umminya kerana menggunakan wang RM1untuk membeli kuih etok. Masa tu umurnya baharu 6 tahun. Kata ibunya, ‘Mengapa Kak Long beli etok banyak sangat. Tahukah ini sangat membazir, kita tak selalu ada duit sayang’. Ha, macam mana tu, bagi kita RM1 tu biasa saja, tetapi bagi keluarga dia, RM1 amat-amat berharga. Oleh kerana tak mampu nak beli buku rujukan & kamus, Nik Madihah menyalin satu persatu isi kamus yang dipinjam dari rakan. Betapa!

Ketiga, Nik Madihah adalah gadis yang sangat pintar yang penuh keyakinan diri dan tidak akan mengungkit kesusahan keluarganya. Senang kata, kita lihat dia susah, tetapi hatinya sentiasa senang dan tenang kerana dia selalu bersyukur dengan apa yang ada. Inilah contoh motivasi terbaik kita selaku umat Islam. Macam saya tulis dalam blog lepas, tak kiralah kita ni miskin atau kaya, cantik atau tak, cukup makan atau tak TETAPI kalau ada kemahuan, di situ ada jalan nak berjaya! Kata kawan saya hanya orang-orang yang pernah susah sahaja akan berjaya! Ya, teori yang amat sukar untuk saya sangkal.

p/s: Bacalah buku tu untuk menambahkan keinsafan kita tentang 1001 hakikat kehidupan. Banyak pengajaran tersirat ada dalam buku tersebut (untuk orang yang mahu berfikir). Saya dah masukkan Nik Nur Madihah yang berusia 19 tahun dalam senarai IDOLA saya! "


Jangan bergaul dengan orang negatif!

" Ini amaran saya kepada sesiapa yang ingin berjaya: JANGAN BERGAUL DENGAN ORANG NEGATIF! Biarkan golongan ini membuat persatuan sendiri dan biarkan mereka dengan cas-cas negatifnya. Kadang-kadang saya gelarkan golongan ini sebagai LOSER! Mungkin gelaran itu terlalu kasar tetapi itu yang sepatutnya. Saya minta maaf jika ada sesiapa yang tersinggung dan terlalu sensatif di sini. Jadi sesiapa yang tak sedar lagi, simbah muka anda dengan air sejuk dan ikut saya di dunia yang realiti ini.

Banyak sangat loser di semua tempat, tak kira anda buat apa sekali pun, anda tetap akan berjumpa dengan loser-loser ini. Orang yang selalu bersungut, merungut, mengeluh, menyalahkan orang lain, iri hati dan mengalah apabila baru beberapa minggu mencuba. Yang paling seronok, mereka akan selalu cakap, ‘Program ini tak betullah. Bisnes ini tipu la.’ dan macam-macam.

Secara statistik dan pengalaman sayalah, setalah hampir 3 tahun saya menceburi bidang perniagaan ini, hanya 5 – 10% orang sahaja yang mampu menjana 90% atau lebih pendapatan. Jadi, jika anda bergaul atau selalu lepak-lepak dengan 90 – 95% yang lain, anda juga satu hari jadi ’serpihan-serpihan’.

Jadi, mula dari saat ini, bergaulah dengan orang yang berfikiran positif,pendapatan anda adalah purata pendapatan 6 orang kawan anda. Jadi, jika anda berkawan dengan 6 orang jutawan.. Sudah pasti anda akan menjadi jutawan. para-para jutawan, pemimpin-pemimpin yang hebat dan bakal usahawan yang terbilang, cemerlang dan gemilang! Ingat,"

kata-kata idola saya :)

Let the losers mingle with the other losers. You’re better than that.

Salam Pertengahan Tahun 2010

Salam pagi Khamis kpd semua. diharap pagi ini kalian ceria dan gembira menjalani kehidupan seharian. sudah lama rasanya tak update blog yang kian bersawang nie. banyak cerita suka dan duka ingin diluahkan. perit menanggung kehidupan seorang lepasan universiti. byk sgt cabaran dan dugaan terpaksa dilalui. nauzubilla. sungguh maha dasyat dugaan yang Allah bayar pada diriku. sampai kadang-kadang tak tertanggung jua utk ku menganggungnya. tapi aku anggap ini sebagai satu pengalaman yang tidak semua org dapat merasainya. sejenak ku berfikir "masalah itu bagus" bukan apa kadang-kadang harus juga merasai masalah utk kita byk belajar tentang kehidupan yang sebenar. anggap lah masalah sebagai rencah kehidupan tapi bukan makanan kehidupan. diwaktu ini kita akan knl siapa kawan dan siapa lawan. mcm-mcm org kita akan knl. yang penting bagaimana cara kita mengendalikan diri kita sendiri. boleh hadapai masalah ataupon tidak. boleh selesai atau tidak. alhamdulillah walaupun saya banyak masalah sekarang tapi saya tetap berfikiran waras. belum tahap membunuh diri, membuang keluarga, bermusuh sesama manusia, lari dari rumah, melawan kata ibu dan ayah, dan macam-macam lagi keadaan kita tak dapat jangka bila semakin hari semakin kusut fikiran kita. alhamdulillah aku tetap kuat meneruskan kehidupanku dan tetap bersemangat ingin mengubah nasib keluarga. biar 1000 orang menghasut, biar satu dunia mematahkan semangat ku. aku tetap dengan pendirian ku utk terus berjaya dalam kehidupan ku walau 1001 rintangan yang datang. aku xnak jadi LOSER mcm orang-orang kat luar sana yang cepat mengalah dan mengaku kalah.

BUSUK BETUL!!

”Busuk betul di sini,” keluh seorang petani ketika berada di luar rumahnya. Anak petani itu melihat sahaja kerenah bapanya.

”Aku hairan, sebegitu banyak pokok bunga yang aku tanam, tapi halaman rumah ini masih busuk juga.” Orang tua itu masuk ke dalam rumah.

”Eh, masih busuk juga. Pelik.” Orang tua itu terus marah-marah. Kenapa ke mana sahaja dia pergi terhidu bau busuk.

Tiba-tiba anaknya masuk lalu berkata, ”Ayah, cuba ayah lihat cermin…”

Orang tua itu pun pergi ke depan cermin. Dia amat terkejut kerana didapati pada hidungnya terpalit baja tahi ayam yang digunakan di kebun pagi tadi.

Patutlah ke mana sahaja dia pergi berbau busuk… rupa-rupanya yang busuk bukan orang atau tempat yang lain, tetapi tahi yang terpalit di hidungnya sendiri.

Pengajaran: Kejahatan atau keburukan yang selalunya kita nampak ada kalanya berpunca daripada kita sendiri. Apabila kita asyik nampak akan kejahatan orang lain, boleh jadi itu petanda kita sendiri yang jahat. Tidak hairan kalau orang yang berprangsangka dan prejudis sering bertemu dengan keburukan dalam hidupnya.

**dipetik dari Majalah Solusi ISU#5

Saturday, September 5, 2009

:))

sedih NO!
kecewa NO!
terkilan NO!
marah NO!
bengang NO!
frust NO!
moody NO!
benci NO!
menyampah NO!
menangis NO!

HAPPY?? Absolutely YES!! Ouh YES!

THANK GOD!
;)

jeles oke

aku terSGT la jeles tgk org update blog.
ade je entri baru yg diorg update.
asal la aku ta serajin diorg.
korang meh motivate aku skit jadi seorg yg rajin.
pls2 aku na rajen cam korang! plsssss!!!
nand seha icha eija aina sham frog irham nazi aiai nisa dll
plsssssss help me!
aku na sgt update oke!
=((

sasha = MALAS!

haha sasha hangat2 tahi ayam.
kate na update tapi ta update pon.
sasha...sasha ape na jadi nie
hadoyaii...rase cam malas na buat sume bende!
ape pon malas.
malas malas malas!
camno?
ade ubat ta?
pls sum1 bg ubat rajen kat i.
huwaaaaa.

Wednesday, June 24, 2009

sejak bile ta update blog?

sejak ini tarikh ye kwn2
1/28/2009 11:20:00 AM

sumpa bapak lame
sehari selepas bday gue.
gue ta update dah!
ape lancey!!

start b'sama SAHAJA n meH~ mmg ta update langsung pasal activiti b'sama mereka.

new chapter begins.

agains. welcome back to blogging world sasha.

end.

text utk mak

mak.
mak.
mak.

mak na tau tak.
sejak mlm 'hari ibu'.
along hapi sgt mak.
mak tau knp.
sbb mak ta garang sgt da nan along.
mak makin paham along.

terima kasih krdt yg m'cukupi krn text yg sgt b'harga tu la m'jadikan semuanya berubah spt yg diharapkan selama ini.

text itu:
"salam.mak lupa nak wish td.
hapi mothers day.
hrp mak pnjg umur dan dmurahkan rezeki.
ta sempat na celebrate nan mak.
mak balik kmpg jumpe opah.
along na balik tp tade kete.
kete rosak.
tape la ape2 pon along nak mak jg diri.
jgn keje kuat sgt nnti mak sakit.
terima kasih sbb besakan along dgn sempurna.
along b'syukur sgt ade ibu mcm mak.
along tau along byk wat slh nan mak.
along minta maaf ye mak.
even along degil tp along syg sgt kt mak.
sori ganggu mak mlm2.
gudnite mak.
mwah."

terima kasih tuhan.alhamdulillah.