Tuesday, February 11, 2020

Thursday, May 13, 2010

Getaran Positif Dan Negatif Dalam Law Of Attraction

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini, dalam tips Law Of Attraction saya berkata tentang getaran positif dan negatif. Lebih detail lagi, saya akan menerangkan apa makna getaran gelombang negatif dan positif yang terbit dari minda Anda.

Dalam buku Law Of Attraction muka surat ke 13, Michael J. Losier memanggil getaran (vibration) sebagai ‘vibe’ supaya ia lebih senang di fahami. Saya gunakan perkataan ‘getaran’ atau ‘gelombang minda’ untuk menarikfan mood dan perasaan Anda yang Anda serap dari seseorang, atau mood yang dikeluarkan oleh minda Anda di saat Anda sedang berfikir.

Dalam hidup kita, hanya ada dua getaran gelombang, iaitu positif atau negatif. Wallace D WattlesThe Science Of Getting Rich mengatakan hanya satu gelombang saja yang boleh berada di dalam minda Anda pada satu masa, tidak berkongsi-kongsi sesama gelombang atau bagi sama rata antara gelombang positif dan negatif. Mesti hanya ada satu yang dominan. dalam bukunya

imej muka depan buku The Science Of Getting Rich

Semua emosi, mood dan perasaan Anda jatuh dalam dua kategoti ni, sama ada positif atau negatif sahaja. Setiap dari kita mengeluarkan gelombang positif atau negatif, hanya ada satu bukan kedua-duanya sekali.

Bahkan, kita selalu mengeluarkan gelombang minda setiap kali kita berfikir, mengingat atau mengimajinasikan sesuatu. Mungkin Anda tak tahu mana satu mood dan perasaan yang jatuh dalam kategori positif atau negatif.

Saya senaraikannya dibawah untuk Anda :

Mood, Emosi, Perasaan Negatif (Getaran Negatif)

  • Rasa kecewa
  • Kesepian
  • Kekurangan
  • Kesedihan
  • Kekeliruan
  • Tekanan
  • Marah
  • Terluka
  • Benci
  • Dendam
  • Sakit Hati

Mood, Emosi, Perasaan Positif (Getaran Positif)

  • Keseronokan
  • Cinta
  • Kasih sayang
  • Bersemangat
  • Bangga
  • Selesa
  • Yakin
  • Rasa
  • Abundance (rasa punyai sumber yang melimpah ruah, tak pernah habis)

Setiap masa, bila Anda berfikir, mood yang terbit dari minda Anda sama ada positif atau megatif saja. Apa saja yang Anda fikirkan (sama ada mood positif atau negatif) akan terlepas ke alam semesta dan ruang masa di sekeliling badan Anda.

Kemudian, Law Of Attraction respon pada mood Anda, lalu menghantar jenis getaran yang sama dengan mood Anda tadi, lebih dua kali ganda banyaknya. Kesan daripada tindakan Law Of Atraction tu, Anda akan ditemukan dengan situasi, orang perseorangan dan benda-benda yang berkaitan secara kebetulan.

Law Of Attraction adalah tenaga universal di sekeliling Anda yang bertindak mengikut hukum fizik kuantum. Namun, untuk menerangkan sains fizik ini, memerlukan huraian dalam bentuk teknikal sanintifik, agak sukar untuk Anda memahaminya, namun saya hanya menyentuh yang asas sahaja.

Kesan daripada mood negatif yang terbit dari minda Anda tu, Anda akan ditemukan dengan situasi-situasi negatif, orang perseorangan yang membuat Anda semakin berada dalam mood negatif dan benda-benda yang mengakibatkan Anda terus berada di dalam situasi negatif.

Law Of Attraction sentiasa respon pada mood Anda, fikiran Anda dan gambaran mental tidak kira ia negatif atau positif.

Jadi, kawal mood Anda. Bertenang setiap masa dan fikir yang baik-baik saja pada semua orang, situasi dan benda. Kini Anda sudah tahu betapa bahayanya berfikiran negatif.

Apa yang Anda fikirkan tentang diri Anda sendiri, itulah yang akan jadi

Wednesday, May 12, 2010

Apa Itu Law Of Attraction?

Law Of Attraction dalam versi melayu disebut hukum tarikan atau hukum ketertarikan.Jadi apa itu hukum tarikan ini.Secara asasnya hukum tarikan adalah suatu buah fikiran dan perasaan tentang sesuatu (yang korang rasakan) akan menarik apa yang korang rasakan itu.Sama ada korang mahukannya ataupun tidak.

Dalam Al-quran dan ajaran Nabi Muhammad S.A.W pun ada tentang Hukum Tarikan ini.Cuma namanya bukan Law of attraction mahupun hukum ketertarikan. Baginda pernah berpesan, maksudnya lebih kurang beginilah .. kalau korang marahkan seseorang maka berpalinglah korang daripada orang itu. Fahamkan!

Pernah baca tak? Ebook bertajuk “Secrets Of The Overachiever”.

Saya petik satu ayat dalam ebook tersebut:

“You Can’t Control What You’re Not Conscious Of”

Bila diterjemah ke pemahaman saya:

“Kamu Tidak Boleh Kawal Apa Yang Kamu Tidak Sedar”

Sebaik sahaja saya membaca ayat ini, saya lebih mengerti apa yang ingin disampaikan penulis. saya lebih faham tentang maksud tarikan yang ingin disampaikan.Saya teringat pada quote bahasa english yang berbunyi.

“Yesterday is history,tomorrow is a mystery.And today? Today is a gift.That’s why we call it present”

Jika korang berminat tentang hukum tarikan menarik ini,mungkin korang pernah mendengar tentang “The Secret” yang diasaskan oleh Rhonda Byrne. carilah!

10 Tips Kejayaan Donald Trump – Part 10

Tips kejayaan dari Donald Trump yang terakhir adalah :

“I Accept Critics. I Listen To The Bad And I Hear The Good. Whatever People Put A Bad Critic On Me, My Business or My Job, I Just Ignore Them”.

Apa jua yang kita lakukan dan bila ia dilihat oleh orang lain, mereka cenderung untuk mengkritik. Secara default (automatik) kritikan yang keluar adalah negatif,

Jarang Anda jumpa orang yang berfikiran positif yang selalu bersangka baik. Memang jarang. Perkara ini saya lalui sendiri.

Bila Anda dikritik teruk, seperti kata Donald Trump, biarkan saja mereka. Respon Anda? Senyum. Senyum dan terus tersenyum.

They always talking, talking and talking.

Mereka hanya sekadar bercakap, cakap dan terus bercakap mengikut ukuran mereka dan pengamatan mereka sendiri. Sometimes, mereka memaki “bodoh.”

Bila Anda mengalami situasi sebegini dan semangat Anda turun, biarkan saja mereka. Teruskan dengan kerja Anda dan teruskan dengan semangat usaha Anda memburu kejayaan, mahu mencapai apa yang Anda targetkan.

Pengkritik negatif sebegini sebenarnya tidak menghormati orang lain dan hanya tahu mengkritik mengikut persepsi mereka saja. Cara terbaik berdepan dengan kritkan mereka, buat tak kisah atau kata lainnya, buat “donno”.

Kesannya, mereka akan diam juga. Paling ketara, mereka semakin ketinggalan dari segi pencapaian akademik, kerjaya, kewangan dan intelektual manakala Anda pula semakin maju ke depan meninggalkan mereka.

Orang yang kuat mengkritik sebenarnya malas berusaha. Orang yang rajin berusaha, mereka lebih suka diam-diam.

Jangan patah semangat bila mendengar kritikan negatif. Tukar ia sebagai pembakar semangat untuk Anda buat yang lebih baik. Be strong!

Kata-kata membina Donald Trump dalam buku We Want You To Be Rich..“We’re made to make mistakes. But, we can learn from mistakes. I even fail once!”

Menjadi billionaire dan orang femes seperti Donald Trump amat sukar dan memerlukan ketahanan mental kerana Anda berdepan dengan beribu kritkan negatif dari orang sekeliling yang hanya tahu menuding jari kesilapan kecil yang Anda pernah lakukan, walaupun ia sebesar kaki semut.

Hanya Anda yang tahu apa yang terbaik untuk diri Anda sendiri. Oleh itu, bila dikritik, tukar kritikan tersebut menjadi api yang membara, membakar semangat Anda, hangat memacu usaha Anda untuk terus mencapai kejayaan dalam kerjaya, pelajaran mahupun bisnes.

Moga berjaya!

10 Tips Kejayaan Donald Trump – Part 9

Dalam apa jua yang Anda lakukan, buat dengan konsisten.

Maksudnya, melakukan sesuatu dengan penuh sabar, berterusan, konsisten, takde lompat-lompat dan takde main-main sehingga apa yang dihajatkan tercapai.

Konsistensi akan terhasil dari momentum. Momentum pula terhasil bila kita sudah fokus melakukan sesuatu.

Bak kata Dr Tuah, buat sampai jadi. Kekadang kita buat lebih dari satu perkara dalam satu masa. Buat biar betul-betul dan sampai nampak hasil walau cemana susahnya apa yang kita lakukan sekarang ni.

Donald Trump terjun dalam bidang hartanah dari zaman muda sampai ke tua.

Dalam waktu itu, dia tak pernah tukar bidang bisnesnya kepada bidang yang lain dan hanya menumpu kepada satu bidang saja, iaitu hartanah sedangkan level kewangan beliau membolehkannya untuk beralih arah ke bidang perniagaan lain yang lebih luas.

Tapi, dia mengambil keputusan untuk konsisten dalam hartanah sahaja.. Walaupun dia pernah rugi, di isytihar hampir bankrup dan gagal, dia bangkit semula!

Kita takkan boleh kuasai banyak perkara dalam satu masa dan kita juga tak mampu menguasai banyak kemahiran dalam satu masa, tapi kita boleh belajar apa jua kemahiran step by step, belajar langkah demi langkah.

Kata orang puteh, one thing at a time.

Kesannya, kita akan menjadi pakar. Bila dah menjadi pakar, banyak peluang-peluang akan muncul.

Di situ, muncul jalan untuk Anda berjaya mendahului orang lain di sekeliling Anda.

Ambil contoh Donald Trump, dia pakar dalam perniagaan real estate (pembangunan hartanah).
Apa jua yang Anda usahakan, be persistent.

10 Tips Kejayaan Donald Trump – Part 8

Petua kejayaan Donald Trump yang ke 8…

“Money Was Never A Big Motivation For Me, Except As A Way To Keep Score. The Real Excitement Is Playing The Game”.

Wang bukan pencetus motivasi bagi Donald Trump. Itu juga apa yang saya tahu dari kebanyakan orang-orang berjaya melalui buku mereka, tulisan mereka dan ucapan mereka.

Wang menjadi perkara kedua.

Ayat itu juga yang saya jumpa. Ingat baik-baik ayat tu..ni dia : “wang akan datang sendiri bila Anda melakukan apa yang Anda minat dan Anda bijak memasarkan kemahiran Anda dalam bidang yang menjadi minat Anda”.

Katanya lagi.. “the thrill of the game is where you will learn everything you need to know about becoming successfull”. Bila sudah ada gabungan di antara ilmu, kemahiran dan pengalaman, mudah untuk Anda mencapai kejayaan dalam apa jua yang Anda lakukan, khususnya bidang yang Anda minati.

Mengapa minat menjadi perkara utama bagi Donald Trump? Kerana minat tu yang mendorong dia untuk belajar banyak perkara baru dalam hartanah, jadi berani dan berniaga dengan penuh dedikasi sejak dia bekerja dengan bapanya dari zaman muda lagi.

Bekerja bagaikan berseronok baginya dan bagai tiada istilah ‘kerja’ dalam diri Donald Trump. Bila rasa seronok, Anda akan rasa gembira dan muncul kepuasan dalam diri Anda.

Bila satu perkara tu menjadi minat, kita akan terdorong untuk tahu lebih banyak dan dahagakan ilmu. Contohnya, lihat orang yang minat main bola.. dia semestinya akan berabis nak tahu banyak pasal bola, teknik menyepak bola, menanduk, meng’kona’ bola dan semua yang berkaitan dengan bola.

Bak kata Coca-Cola, makan bola, tidur bola, mimpi bola!.

Jika Anda minat games, sudah semestinya Anda berabis nak tahu bagaimana nak menang dalam games yang Anda suka dan bagaimana Anda boleh kalahkan orang lain. Dalam proses itu, skill Anda terbina dan kehebatan Anda mula terbentuk.

Oleh kerana minat, Anda juga tak kisah main games berjam-jam lamanya dan tak kisah membayar harga mahal untuk Anda menikmati keseronokannya. Betul tak?

Nak tahu bagaimana pula Anda boleh dapat baaanyak duit dari minat Anda tu? Jawapannya, jualkan apa yang Anda tahu. Tulis kemahiran Anda dalam eBook lalu jualkan untuk mendapat untung.

Cara lain, buat video tentang bagaimana nak menang games lalu jualkan, selepas tu sudah tentu duit akan datang dengan sendirinya tanpa henti.. secara automatik, kredibiliti Anda akan terbina sebagai gamers yang hebat.

Apa saja yang Anda mahir, boleh dijual untuk menjadi panduan pada gamers yang lain. Selagi Anda masih menjual, selagi itu Anda dapat duit.

Mulai hari ini, kaji apa yang menjadi minat Anda. Minat di tempat pertama, duit di tempat kedua.

Jika duit di tempat pertama dan minat di tempat kedua , bermasalah nanti jadinya.

10 Tips Kejayaan Donald Trump – Part 7

“I Wasnt Satisfied Just To Earn A Good Living. I Was Looking To Make A Statement”.

Orang yang seronok dengan kerjayanya akan sentiasa membuat kelainan. Selain tu, bila mereka berjumpa dengan orang yang mempunyai minat yang sama, mereka akan cuba menjadi unik, supaya mereka mudah dikenali dan senang diingati.

Bila mereka tiada atau tidak lagi bergiat cergas, nama mereka diingati kerana keunikan mereka, kelainan yang ditonjolkan dan perbezaan mereka dengan orang lain. Selain tu, dalam kerjaya mereka tak mudah berpuas hati dengan apa yang ada bahkan berusaha sekuat mungkin untuk mendapat yang lebih baik dari sebelumnya.

Hasil yang lebih baik ni akan muncul bila kelainan dan keunikan yang ditonjolkan oleh mereka dikenalpasti oleh orang lain. Saya ambil contoh dalam bidang muzik.

Lihat saja kelainan yang ditonjolkan oleh Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee dan rakan-rakannya yang lain seperti Aziz Sattar (klik video dibawah – lawaknya masih power!). Dalam beribu seniman, penyanyi, pelawak, penggubah lagu, penulis lirik, pelakon dan pengarah, tiada yang serupa dengan stail yang ditonjolkan olehnya sehingga ke hari ini.

Dalam bidang blogging, lihat perbezaan di antara LiewCF, Amit Agarwal, John Chow, ShoeMoney dan TechCrunch. Mereka semua minat IT, teknologi dan Internet. Memang ketara mereka mempunyai minat yang sama kerana mereka menulis artikel blog dalam bidang yang sama (komputer, teknologi, internet).

Tetapi, setiap daripada mereka mencari-cari apa yang membuat mereka berbeza antara satu sama lain. Akhirnya, kelainan mula muncul dari segi latar belakang, pendidikan, stail penulisan blog dan motto masing-masing. Itulah yang menjadi kelainan mereka dan pencetus kejayaan mereka sebagai blogger professional.

Kata Donald Trump, “the point is this – if you have an inescapable drive and passion for something, there is no way you can fail at it. Maksudnya, jika Anda sudah ada minat mendalam pada satu perkara, agak payah untuk Anda gagal di dalamnya.

Buktinya? Minat Donald Trump adalah dalam bidang hartanah dan pembinaan. Namanya gah sebagai billionaire hartanah, bahkan menjadi ikon dalam bidang tersebut di seluruh dunia. Dia berjaya dalam banyak rundingan bisnes dan dengan kepintrannya, dia berjaya bangkit dari kerugian yang hampir menjatuhkan perniagaannya beberapa tahun lalu.

Jadi seperti Donald Trump.

Ada kelainan, berani, bijak, berkarisma dan rajin bekerja. Walaupun dah jadi billionaire, dia masih turun bekerja!

-Shueqry-
blogger motivasi Malaysia

10 Tips Kejayaan Donald Trump – Part 6

6. “I Try To Learn From The Past, But I Plan For The Future By Focusing Exclusively On The Present”.

Boleh jadikan masa lalu sebagai panduan, pengajaran dan pengalaman tetapi jangan asyik menjadikan pencapaian di masa lepas sebagai kayu pengukur pencapaian masa sekarang dan di masa akan datang. Apa yang berlaku di masa lalu takkan pernah sama dengan apa yang berlaku di masa kini dan masa hadapan.

Jadi, kenapa perlu samakan masa kini dengan masa lalu? Yang dulu tu dulu, yang sekarang, sekarang.

Kata Donald Trump lagi, “by focusing on what you can do today to change your life, you are ensuring that you will reach your goals sooner rather than ‘someday’ “. Fokus pada apa yang Anda boleh lakukan hari ini untuk mengubah masa depan Anda.

Bila melakukannya step by step, sudah pasti apa matlamat yang Anda mahu capai lebih cepat datang pada Anda, berbanding jika asyik menyamakan masa kini dengan masa lalu. Jika asyik memandang ke belakang, takkan ada kemajuan.

Pendek kata, fokus biar ke masa depan, bukannya asyik memandang ke belakang. Perkara yang lepas, usah di kenang lagi, biarkan berlalu begitu saja kerana ada perkara lain di masa hadapan yang lebih penting, lebih cemerlang dan yang lebih berjaya.

Walaupun Donald Trump pernah diisytihar muflis gara-gara hutang dan hampir bankrup di masa lalu, dia tak pernah menjadikan perkara tersebut sebagai penghalang atau sebagai sebab untuk dia berhenti, bahkan menukar kegagalan di masa lalu sebagai pembakar semangat untuk dia bangkit semula dari kesilapannya. Akhirnya, dia berjaya menjadikan namanya gah di seluruh dunia.

Anda bagaimana pula?

Apa yang Anda mahu capai dalam hidup ini?

10 Tips Kejayaan Donald Trump – Part 5

Tips kejayaan yang kelima dari Donald Trump kali ini adalah :

“Sometimes Your Best Investments Are The Ones You Dont Make”

Donald Trump kata, tak semua pelaburan yang kita buat adalah pelaburan yang baik, tak kira sama ada pelaburan tu dalam bentuk wang, masa dan tenaga atau ketiga-tiganya sekali.

Masa Anda untuk membaca blog motivasi ini adalah salah satu bentuk pelaburan juga.

Tak semua pelaburan bagus tu bagus dan tak semua pelaburan buruk tu buruk.

Triknya, kena belajari pro dan kontra dalam setiap aspek, kaji dan selidiki serta bersedia untuk berdepan yang terburuk di kala Anda bersedia untuk mendapat yang terbaik.

Walaupun sesuatu tu bunyinya baik untuk Anda, tak semestinya ia 100% baik untuk Anda. Anda perlu bersedia berdepan dengan keburukan yang tersembunyi di sebaliknya.

Bukan nak menyuruh Anda berfikiran negatif, cuma meminta Anda perlu bersedia saja berdepan yang buruk dan yang baik.

Walaupun sesuatu tu bunyinya buruk untuk Anda, gali dan cari part mana yang baik untuk Anda.

Tak semestinya semua di dalam buruk tu buruk jadinya, mesti ada yang baik, jadi Anda perlu bersedia untuk menemuinya.

Kunci utama di sini adalah bersedia. Be prepared.

10 Tips Kejayaan Donald Trump – Part 4

Siapa yang tak kenal Donald Trump? Seorang billionaire dalam bidang hartanah yang terkenal dan menjadi inspirasi pada jutaan orang di seluruh dunia. Kekuatannya adalah pada negotiation skill (kemahiran berunding) dan kepintarannya dalam mewujudkan win-win situation.

Tips keempat dari Trump adalah : “You’re Generally Better Off Sticking With What You Know”.

Maksudnya, lebih baik Anda menguasai bidang kemahiran yang banyak Anda ketahui dan yang Anda sukai lebih dari orang lain.

Tambahkan kemahiran Anda dengan banyak membaca, mengkaji dan melatih diri supaya Anda menjadi semakin mahir dari sehari ke sehari lalu maju setapak dari orang lain dalam bidang tersebut. Akhirnya, tiada siapa yang akan menandingi Anda.

Anda akan dianggap pakar dalam bidang itu. Peluang-peluang kejayaan sentiasa muncul bila Anda sudah menjadi pakar dalam sesuatu perkara, lebih-lebih lagi dalam bidang kerjaya yang menjadi minat Anda, passion Anda.

Duit yang banyak akan datang dengan sendirinya bila Anda melakukan apa yang Anda minat. Ayat ni bukan saya yang kata, tapi Azizi Ali yang kata.

Tak percaya? Beli buku Jutawan Ekstreme dan buka muka surat 77.

Di dalam halaman tersebut, Azizi Ali memberitahu, “Lakukan apa yang Anda ingin lakukan dan apa yang menggembirakan Anda”. Kesannya, Anda akan dapat melalui banyak perkara indah dan yang tak disangka.

Azizi Ali juga memberi beberapa contoh, antaranya Anda akan…

  • hidup bahagia
  • menjadi pakar dalam bidang tertentu
  • membangunkan kemahiran
  • gembira dengan pekerjaan Anda
  • gembira dengan kehidupan Anda
  • membuat wanga yang banyak (dan semakin banyak!)
  • berasa puas kerana wang itu datangnya dari kerja yang Anda cintai
  • menjadi lebih sihat